TOKYO 28 Okt. – Seorang remaja perempuan Jepun membuktikan kesakitan akibat patah kaki yang dialami bukanlah penghalang baginya menamatkan larian maraton berganti-ganti apabila dia merangkak sejauh 200 meter untuk tiba di garisan penamat. Metro.co.uk melaporkan, Rei Iida, 19 seorang pelajar sebuah universiti terjatuh dan patah kaki kanannya semasa dia menyertai pertandingan maraton berganti-ganti 41.8 kilometer (km) yang mana dia perlu menamatkan larian sejauh 3.5 km. Namun, oleh kerana tidak mahu berputus asa, Iida nekad merangkak sejauh 200 meter untuk memastikan dia tiba ke garisan penamat sebelum menyerahkan reben pertandingan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya