Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar garis enam teras kesejahteraan luar bandar - Utusan Malaysia

Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar garis enam teras kesejahteraan luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar yang dilancarkan hari ini berpaksikan untuk menjadikan kawasan luar bandar sebagai kawasan yang kondusif, inkslusif, lestari dan mampan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata, pelaksanaan pelan berkenaan dirangka untuk tempoh lima tahun bermula 2018 dengan penumpuan kepada enam teras iaitu prasarana, ekonomi, keusahawaan, modal insan, wanita dan sistem penyampaian.

Katanya, tema Luar Bandar Sejahtera dipilih bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan sebagai kawasan kondusif untuk tempat tinggal, menjana pendapatan dan membina kehidupan.

Beliau berkata, keseluruhan terdapat 29 strategi dan 94 program yang akan dilaksanakan di bawah enam teras tersebut termasuk lapan program keutamaan dalam Pelan Harapan jangka pendek bagi memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani, dan sahsiah 7.87 juta masyarakat luar bandar.

“Program-program yang telah dirancang diharap dapat membangunkan luar bandar secara holistik dan bersepadu serta mendatangkan faedah kepada penduduk,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan itu sempena Perhimpunan Bulanan kementerian di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN