Pelajar UKM maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban - Utusan Malaysia

Pelajar UKM maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tahun pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban menghala ke pusat bandar di sini semalam.

Mangsa, Aiman Hafizi Sharifuddin, 20, disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Canselor Tuanku Mukhriz di sini selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalamkejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang menunggang Motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru mahu mengubah haluan ke lorong tengah menuju ke Terowong Smart berhampirannya.

“Semasa mahu mengubah laluannya, mangsa terlanggar pembahagi jalan dan terjatuh di atas jalan raya yang licin akibat hujan lebat.

“Sebuah teksi jenis Proton Persona berwarna hitam dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun yang berada di belakang mangsa tidak sempat berhenti lalu terlanggarnya yang masih terbaring di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Difahamkan, mangsa merupakan pelajar tahun pertama di UKM dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sukan dan Rekreasi).

Zulkefly menambah, Aiman Hafizi disahkan meninggal dunia pagi ini kira-kira pukul 5 pagi oleh pegawai perubatan di hospital tersebut.

“Berdasarkan siasatan di lokasi kemalangan, tiasa sebarang rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran dan pihak polis masih mengesan saksi bebas kepada kejadian berkenaan.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN