Pelajar sekolah pondok lemas di Lata Tembakah - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah pondok lemas di Lata Tembakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERTIH – Seorang pelajar sekolah pondok ditemukan lemas selepas tergelincir ketika beriadah bersama dua rakannya di kawasan air terjun Lata Tembakah dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mohd Zamri Omar berkata, mayat Muhamad Najmi Naiem, 20, yang belajar di Kampung Lak Lok di sini ditemui anggota Jabatan Perhutanan yang bertugas ketika itu.

“Rakan Allahyarham cuba menyelamatkan mangsa namun gagal apabila kedua-dua mereka tidak pandai berenang dan bertindak melaporkan kejadian itu ke pondok (jabatan) perhutanan,” katanya kepada Bernama.

Mayat pelajar itu dijumpai pada kedalaman tiga meter oleh anggota Jabatan Perhutanan itu   sebelum  pihak bomba membawa mayat naik daripada kawasan air terjun.

Menurut Mohd. Zamri, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.06 petang dan lapan anggota serta satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN