Pekerja stesen minyak lebam di muka akibat dipukul - Utusan Malaysia

Pekerja stesen minyak lebam di muka akibat dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai yang dipukul sekumpulan lelaki akibat salah faham ketika mengisi minyak sehingga video kejadian itu tular di media sosial hanya mengalami lebam pada bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku pada 6 Oktober lepas kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Katanya, semasa kejadian, mangsa yang berumur 23 tahun sedang bekerja di kaunter stesen minyak berkenaan sebelum didatangi sekumpulan penunggang motosikal yang mahu mengisi minyak.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut memesan untuk mengisi minyak tetapi tidak memaklumkan  kepada mangsa yang bertugas di kaunter untuk mengisi minyak jenis RON 97.

“Mangsa kemudiannya memberikan minyak RON 95 menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati sebelum sekumpulan kawan lelaki itu kembali semula ke kaunter dan menarik mangsa keluar biarpun mangsa telah meminta maaf,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN