KUALA TERENGGANU – Gara-gara kecewa putus tunang, seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Kuala Nerus nekad melakukan pengguguran haram pada Jumaat lalu. Gadis berusia 22 tahun berasal dari Kota Belud, Sabah itu melakukan pengguguran haram kandungan berusia lima bulan yang didakwa hasil hubungan terlarang dengan bekas tunangnya berkenaan dengan mengambil pil dibeli secara dalam talian. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, suspek yang disoal siasat…










