Pekerja kilang maut motosikal bertembung kereta - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan di Jalan Lama Kuala Selangor, dekat Taman Ehsan, Sungai Besar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, Mohamad Azri Manap, 24, beralamat di Parit 11 Timur meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu lelaki berusia 52 tahun telah berhenti di kedai makan lorong bertentangannya. 

Katanya, sewaktu kejadian pemandu kereta itu dari arah Sungai Besar hendak pulang ke rumahnya di Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar dekat sini. 

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda tidak sempat mengelak Proton Wira tersebut sebelum bertembung dengan kenderaan tersebut. 

“Akibatnya, mangsa parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia dengan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat,” katanya hari ini. 

Jelas beliau, pemandu kereta tersebut yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN