Pekerja asing bakal dilindungi Perkeso - Utusan Malaysia

Pekerja asing bakal dilindungi Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS – Kementerian Sumber Manusia dalam proses membolehkan pekerja asing mendapat perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memastikan mereka mendapat manfaat sama seperti pekerja tempatan.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, perkara itu juga adalah selaras dengan ketetapan Organisasi Pekerja Asing Antarabangsa yang mahu setiap negara seragamkan manfaat untuk pekerja asing dan pekerja tempatan.

“Semua pekerja asing termasuk pekerja domestik (pembantu rumah) akan mendapat manfaat (Perkeso) yang diperoleh pekerja tempatan.

“Kementerian Sumber Manusia telah buat beberapa perkara bagi melaksanakan cadangan berkenaan termasuk mengadakan konsultansi dengan pihak berkaitan dan selepas ini saya akan bawa ke Kabinet untuk kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Town Hall Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar dan Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Wan Zulkifli Wan Setapa yang juga Setiausaha Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing.

Kulasegaran berkata, menerusi pelaksanaan itu, kerajaan akan dapat mengetahui jumlah sebenar pekerja asing di negara ini berdasarkan jumlah mereka yang dicarum dan jika jumlah itu berkurangan pihak berkuasa seperti Imigresen akan dapat mengesan mereka.

“Ketika ini kita tidak tahu jumlah sebenar pekerja asing namun menerusi caruman Perkeso kita akan dapat data masa nyata pekerja asing yang bekerja dan boleh kesan mereka yang tinggal lebih masa serta tiada permit dan banyak lagi kelebihan lain kepada negara,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN