Pejabat Imigresen RTC Rembau ditutup mulai esok - Utusan Malaysia

Pejabat Imigresen RTC Rembau ditutup mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Rembau akan ditutup berkuat kuasa esok.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan kira-kira pukul 5 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, semua urusan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa masih kekal di Pejabat Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bangunan Angsana di Ampangan dekat Seremban dan Port Dickson.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 06-7620000,” tambah kenyataan tersebut.

Pejabat Imigresen RTC Rembau yang mula beroperasi pada pertengahan September 2016 menawarkan perkhidmatan membuat atau memperbaharui pasport Malaysia.

Selain Jabatan Imigresen, antara agensi lain yang membuka perkhidmatan di RTC berkenaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan Pusat Zakat Negeri Sembilan.

RTC Rembau telah ditutup operasinya sejak 18 Ogos lalu.RTC Rembau telah ditutup operasinya sejak 18 Ogos lalu. 

 

Bagaimanapun, Kosmo! pada 18 Ogos lalu melaporkan, penutupan RTC Rembau merupakan keputusan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, antara sebab keputusan itu dibuat kerana kurangya sambutan daripada  masyarakat setempat selain untuk menjimatkan kos yang perlu ditanggung kementerian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini