BANGKOK 8 Okt. – Seorang pegawai Thailand didakwa selepas ditangkap memiliki bangkai beruang dan senjata memburu di sebuah taman negara. Pegawai kanan daerah, Vacharachai Sameerak merupakan sebahagian daripada 12 orang yang ditahan oleh pegawai Taman Negara Sai Yok, wilayah Kanchanaburi. “Selepas memeriksa kereta mereka, terdapat empat tangan beruang dijumpai bersama-sama senjata dan peluru,” kata ketua polis, Thanee Sangaunjeen, sambil menambah kesemua mereka tidak mempunyai sebarang kebenaran untuk memasuki taman negara itu. Kesemua suspek didakwa kerana melanggar undang-undang hutan, hidupan liar dan taman negara namun mereka menafikan tuduhan berkenaan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya