KUALA LUMPUR 25 Okt. – Seorang pegawai polis bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM103,000.00 mulai Ogos 2017 hingga Ogos tahun ini.
Penahanan lelaki berusia 56 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 7.10 malam ketika dipanggil memberikan keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya dekat sini hari ini.
Sumber memaklumkan suspek dipercayai meminta dan menerima wang tersebut sebagai dorongan bagi tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota berpangkat Korperal.
“Anggota tersebut dikatakan telah mengambil upah dalam urusan pengurangan saman.
“Suspek dijangka didakwa di Mahkamah Majisteret Putrajaya esok,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










