Pegawai Kastam maut, kereta Proton Wira Aeroback jatuh gaung - Utusan Malaysia

Pegawai Kastam maut, kereta Proton Wira Aeroback jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Perjalanan seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu maut selepas kereta Proton Wira Aeroback dipandunya terbabas ke dalam gaung di Kilometer 88.5, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Bukit Bauk dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, mayat Roslaili @ Rosli Yusuf, 42, yang meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan ditemui terhimpit di bawah keretanya di dalam gaung sedalam 15 meter terbabit. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Roslaili dalam perjalanan ke pejabatnya di Kuala Terengganu dari rumahnya di Taman Alam Perdana, Binjai, Kemaman.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang berselekoh, kereta Proton Wira Aeroback dipandu secara sendirian oleh mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter.

“Mangsa yang bertugas sebagai Penguasa Kastam di Bahagian Operasi dan Siasatan KDRM Terengganu dipercayai tercampak keluar sebelum dihempap oleh keretanya yang berada dalam keadaan terbalik,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN