Pegawai kanan polis berpangkat Datuk dibebaskan - Utusan Malaysia

Pegawai kanan polis berpangkat Datuk dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Okt. – Seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk yang ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000.

dibebaskan hari ini.

Perintah tamat reman itu dikeluarkan oleh Majistret Joanne Tan Yin Ying dengan wang jaminan sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin.

Terdahulu, pegawai kanan berpangkat Senior Asisten Komisioner itu tiba pada pukul 9.30 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, lelaki berumur 56 tahun itu direman selama lima hari sejak Jumaat lalu selepas ditahan di ibu pejabat SPRM di sini sehari sebelum itu.

Menurut sumber, lelaki itu yang bertugas sebagai Pengarah Jabatan di Bukit Aman disyaki meminta dan menerima wang rasuah berkenaan antara Ogos 2017 hingga Ogos lalu.

Katanya, beliau disyaki meminta dan menerima wang itu sebagai dorongan bagi tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal yang mengambil upah dalam urusan pengurangan saman di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN