Pegawai kanan polis bergelar Datuk ditangkap SPRM - Utusan Malaysia

Pegawai kanan polis bergelar Datuk ditangkap SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000.

Menurut sumber, pegawai kanan berusia 56 tahun berpangkat Senior Asisten Komisioner itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, pukul 7.10 malam tadi.

“Suspek yang bertugas sebagai Pengarah Jabatan di Bukit Aman disyaki meminta dan menerima wang rasuah berkenaan antara Ogos 2017 hingga Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas sumber, suspek disyaki meminta dan menerima wang itu sebagai dorongan bagi tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal yang mengambil upah dalam urusan pengurangan saman di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009,” jelasnya.

Sehubungan itu, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pagi esok di Mahkamah Sesyen Putrajaya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN