JOHOR BAHRU – Seorang pegawai imigresen gred KP17 didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha feri enam tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Nazari Mohamed, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Nazari yang bertugas di Pejabat Imigresen Tanjung Belungkor, Kota Tinggi didakwa meminta suapan RM70,000 daripada pemilik syarikat pengangkutan feri Panti Bistari Travel & Tour Sdn. Bhd.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut untuk tidak mengganggu perniagaan syarikat terbabit dan melancarkan kemasukan penumpang-penumpang feri yang diuruskan dari Batam, Indonesia ke Tanjung Belungkor dekat sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










