Pecah amanah lebih RM8.6 juta - Utusan Malaysia

Pecah amanah lebih RM8.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengarah eksekutif sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah lebih RM8.6 juta antara tahun 2008 hingga 2014.

Tertuduh, See Chou Shon, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.

Mengikut kesemua pertuduhan, Chou Shon sebagai pengarah syarikat Superplas Teknology Sdn. Bhd. didakwa dengan curang membuat pembayaran dana syarikat ke akaun RHB Bank miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di syarikat berkenaan di alamat No. 3, Jalan Penaga 9, Seri Alam membabitkan jumlah RM8,683,166.46 antara 16 Disember 2008 hingga 1 Januari 2014.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda jika disabitkan bersalah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN