PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan tiga pegawai kanannya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut akan berkuatkuasa pada 26 November tahun ini.

“Pertukaran didahuli dengan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mazelan Paijan yang akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

“Sementara Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenyah Komersial, Bukit Aman, ACP Nurulhuda Mohd. Salleh pula akan mengantikan ACP Mazelan Paijan sebagai Ketua Polis Daerah Klang Utara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, pertukaran terakhir melibatkan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang akan bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah MPV, Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN