KUALA LUMPUR 3 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat membabitkan enam pegawai kanannya berkuat kuasa 5 November depan. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai adalah Superintenden Bahagian Urusetia, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Superintenden Razali Abu Samah yang akan menjawat jawatan Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/ Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan…










