KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju untuk mengagihkan sebahagian penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di semua daerah di negeri tersebut mulai Khamis ini. Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pengagihan sebahagian 30,000 tiket yang diperuntukkan untuk skuad Penyu melibatkan tujuh daerah di negeri berkenaan selain Kuala Terengganu. “Keputusan ini dibuat selepas PBSNT mengambil cakna permintaan penyokong-penyokong TFC I yang menetap di luar Kuala Terengganu…










