PUTRAJAYA 9 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu pasar raya besar tempatan dan antarabangsa memberi ruang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk mereka. Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata, IKS juga dinasihatkan supaya jangan ambil mudah dalam memenuhi syarat ditetapkan pasar raya besar. “Saya sarankan semua pasar raya besar permudahkan produk IKS masuk ke pasaran. Kepada IKS, kalau pasar raya besar adakan syarat untuk dipenuhi maka jangan ambil mudah, cuba penuhi. “Tapi bila masih ada pasar raya yang ada ‘songeh’ lagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya