Pasangan suami isteri maut, anak lelaki cedera parah kereta dinaiki terbabas dalam parit - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri maut, anak lelaki cedera parah kereta dinaiki terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu anak lelaki mereka terbabas ke dalam parit dalam kejadian di Kilometer 45 Jalan Teluk Intan-Klang, dekat Panchang Bedena, Sungai Besar di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, Kamsiah Omar, 64, meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Bahari Tuimin, 74, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Sementara itu, pemandu kenderaan yang juga anak pasangan itu, Nazli Bahari, 44, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Suprintendan Nor Azmi Isa berkata, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kenderaan jenis Toyota Harrier itu  dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Sungai Besar.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan hilang kawalan lalu terbabas dan menjunam ke dalam parit di sebelah kiri jalan menghala ke Sungai Besar.

“Akibat kejadian itu, ibu pemandu yang duduk di bahagian penumpang belakang telah tercampak keluar dan dihimpit oleh kenderaan tersebut menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala bapa pemandu berkenaan yang duduk dibahagian hadapan mengalami kecederaan parah di abdomen dan dilaporkan telah meninggal dunia semasa rawatan di hospital (HTAJ),” katanya di sini hari ini.

Nor Azmi berkata, pemandu SUV yang turut mendapat kecederaan parah pada bahagian abdomen kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN