Pasangan kekasih samun kedai serbaneka dicekup - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih samun kedai serbaneka dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kumpulan samun yang didalangi pasangan kekasih berjaya ditumpaskan dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan sekitar Inanam di sini pada Sabtu lalu.

Kedua-dua suspek warga tempatan yang berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.

Pada masa sama, pihak polis turut merampasa sebuah kereta Perodua Myvi warna hitam dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Manjinji berkata, kedua-dua suspek didapati  melakukan jenayah samun di Jalan Kolam dan Damai pada 23 dan 25 Oktober lalu.

“Modus operandi suspek lelaki ajan menyerang mangsa di dalam premis manakala wanita terbabit menunggu di kenderaan.

“Selepas mengambil duit dari kaunter juruwang lelaki itu akan berlari keluar dan menuju ke dalam kenderaan untuk melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Menurut Habibi, risikan dan hasil maklumat awam serta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pihaknya berjaya menjejaki lokasi persembunyian kedua-dua suspek.

Katanya, dengan tangkapan berkenaan polis yakin telah menyelesaikan enam kes berkaitan samun di kedai serbaneka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN