KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan skim perlindungan kesihatan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) nasional bukanlah berbentuk insurans kesihatan. Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, skim itu bakal dibiaya kerajaan untuk golongan miskin dan dilaksanakan oleh KKM sendiri. “Oleh itu, tiada sebarang syarikat insurans swasta yang akan dilantik untuk menguruskan skim tersebut. Skim seumpama Skim Peduli Sihat (di Selangor) ini akan dilaksanakan secara berfasa…










