Parlimen: Siasatan masih berjalan, tiada cadangan mulakan proses penggulungan syarikat 1MDB - Utusan Malaysia

Parlimen: Siasatan masih berjalan, tiada cadangan mulakan proses penggulungan syarikat 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk memulakan proses penggulungan syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) memandangkan siasatan berkaitan penyelewengan dana syarikat tersebut masih berjalan. 

Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis kepada Datuk Takiyuddin Hasan (Pas-Kota Bahru) bertarikh 15 Oktober yang ingin tahu mengenai perkara itu, berkata usaha untuk membawa balik aset-aset 1MDB di luar negara masih giat dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa.

Menjawab pertanyaan Takiyuddin mengenai senarai penuh pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat 1MDB dan syarikat-syarikat subsidiarinya sekarang, Kementerian Kewangan berkata, Lembaga Pengarah 1MDB kini dianggotai tiga orang iaitu Datuk Asri Hamidon selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, manakala Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob selaku ahli lembaga pengarah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jawapan bertulis itu diperoleh media pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut jawapan bertulis itu, 1MDB mempunyai 22 syarikat subsidiari dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) telah bersetuju untuk menamatkan Ahli Lembaga Pengarah sedia ada dan digantikan dengan pegawai Kementerian Kewangan iaitu Asri, Datin Rashidah Mohd. Sies dan Mohd Hisyamuddin Awang Abu Bakar. 

Dua puluh dua syarikat subsidiari 1MDB itu merangkumi 13 di dalam negara, enam terletak di Labuan dan tiga buah lagi syarikat didaftarkan di British Virgin Islands. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini