KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berharap dapat membuat rumusan susulan prosidingnya mengenai tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion sebelum sesi Parlimen berakhir Disember ini. Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, ketika ini jawatankuasa itu masih perlu memanggil beberapa saksi sebelum membuat rumusannya yang kemudian akan dibentangkan ke Parlimen. “(Soal) bayaran balik GST kita harap dapat selesaikan sebelum akhir sidang Parlimen…










