Parlimen: Konflik perdagangan dorong peningkatan eksport minyak sawit Malaysia ke China - Utusan Malaysia

Parlimen: Konflik perdagangan dorong peningkatan eksport minyak sawit Malaysia ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah menyebabkan peningkatan permintaan minyak sawit Malaysia oleh China, kata Kementerian Industri Utama.

Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, konflik itu menyebabkan import bekalan minyak kacang soya China dari AS berkurang.

Keadaan ini sekali gus mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap minyak sawit yang menjadi pengganti kepada minyak soya di China.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Eksport produk minyak sawit Malaysia ke China telah meningkat 9.3 peratus, iaitu 1.81 juta tan metrik untuk tempoh Januari hingga Ogos 2018 berbanding 1.65 juta tan metrik bagi tempoh sama pada 2017,” katanya menjawab pertanyaan Wong Ling Biu (PH-Sarikei) pada 15 Oktober. 

Kementerian itu berkata, manfaat positif turut direkodkan bagi pasaran dedak isirung sawit Malaysia ke China kerana permintaannya turut meningkat sebanyak 57 peratus, iaitu 127,195 tan metrik pada Januari hingga Ogos 2018 berbanding 81,039 tan metrik bagi tempoh sama pada 2017.

Katanya, China yang merupakan pengimport terbesar kacang soya dari AS akan beralih kepada negara lain seperti Brazil, namun masih tidak dapat memenuhi permintaan yang besar oleh China. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini