KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji cadangan agar penjualan semula rumah mampu milik hanya dibuka kepada pembeli rumah pertama. Timbalan Menteri berkenaan Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, walaupun penjualan semula rumah tidak tertakluk bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 yang diselaraskan kementerian, cadangan itu baik dan akan dipertimbangkan kerajaan. “Ini adalah satu daripada tujuan kita untuk memastikan mereka yang masih…










