SHAH ALAM – Seorang pemilik gimnasium yang sepatutnya menyambut hari kelahirannya yang ke-43 semalam cedera parah selepas ditembak sekumpulan suspek di Jalan Kota Kemuning di sini semalam.
Turut cedera dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu ialah seorang pekerja mangsa yang juga warga Indonesia berusia 40 tahun.
Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan pada pipi kanan dan perut itu diserang ketika mereka berada di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu kenderaan tersebut dengan ditemani pekerjanya menuju ke sebuah kedai untuk membeli lampu gimnasium.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang memaklumkan mengenai satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas ke dalam longkang.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











