Palace lebur rekod kemenangan Arsenal - Utusan Malaysia

Palace lebur rekod kemenangan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 Okt. – Hasrat Arsenal untuk melakar kemenangan ke-11 berturut-turut berakhir dengan penuh dramatik apabila Luke Milivojevic menyelamatkan Crystal Palace dengan menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat keputusan seri 2-2.

Skuad kendalian Undai Emery itu gagal melakar kemenangan ke-12 berturut-turut dalam semua kejohanan sekali gus mereka gagal menyamai rekod kelab yang sebelum ini mencatat menang 14 kali berturut-turut.

Arsenal terlebih dahulu ketinggalan menerusi penalti yang disempurnakan Milivojevic sebelum rehat di Selhurst Park.

Bagaimanapun, Granit Xhaka menyamakan kedudukan pada minit ke-52 sebelum Pierre-Emerick Aubameyang meledak gol kontroversi empat minit kemudian. Penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette menolak bola menggunakan tangannya kepada Aubameyang namun pengadil gagal mengesan kesalahan tersebut.

Berang dengan jaringan tersebut, keadilan akhirnya berpihak kepada Palace apabila mereka dihadiahkan penalti kedua yang menyaksikan Milivojevic tidak berdepan masalah untuk menyempurnakannya.

Gagal melakar kemenangan, Emery turut kecewa dengan tindakan kapten The Gunners, Mesut Ozil yang berang selepas digantikan dengan Danny Welbeck pada minit ke-68 apabila pemain Jerman itu mencampakkan sarung tangannya ke atas lantai di hadapan pengurusnya.

Itu merupakan pergaduhan terbaharu di antara Ozil dan pengurusnya apabila sebelum ini Emery menggesa agar dia berusaha keras pada awal musim ini.

Keputusan seri itu menyebabkan Arsenal kekal di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), melepaskan peluang terbaik untuk menghambat pendahulu liga, Liverpool yang berkelebihan empat mata.

“Saya kecewa dengan keputusan hari ini namun kami menunjukkan kerja keras. Kami seri jadi tidak teruk sangat. Lebih baik kami memenangi perlawanan ini namun berdasarkan 90 minit permainan keputusan seri ini memang layak diperoleh.

“Selepas gol kedua, kami hampir memperoleh keputusan yang baik namun kami masih memerlukan satu lagi gol untuk kembali bertenang,” kata Emery.

Sementara itu, bos Palace, Roy Hodgson berasa sangat marah dengan gol kedua Arsenal apabila berkata;’Saya tiga gembira apabila berjaya memperoleh satu mata terutamanya apabila anda nampak dengan jelas bola itu mengenai tangan pemain. Ramai orang simpati dengan nasib kami. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN