Pahang, Perak perlu henti keluar permit penerokaan tanah di Cameron Higlands - Utusan Malaysia

Pahang, Perak perlu henti keluar permit penerokaan tanah di Cameron Higlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Okt.- Kerajaan negeri Pahang dan Perak diminta menghentikan pengeluaran permit baharu bagi penerokaan tanah untuk tujuan pembangunan serta pertanian di Cameron Highlands.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, aktiviti penerokaan perlu dihentikan serta merta kerana kejadian tanah runtuh sering berlaku di kawasan tanah tinggi itu sejak kebelakangan ini.

Katanya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah menitahkan kepada beliau  supaya kelulusan untuk semua aktiviti pembangunan dan pertanian di kawasan tanah tinggi berhampiran sempadan Perak dihentikan segera.

“Kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sudah biasa berlaku sekarang ini disebabkan penerokaan tanah yang semakin berleluasa.

“Saya meminta kerjasama daripada kedua-dua kerajaan negeri agar sering melakukan pemantauan di kawasan tanah tinggi tersebut,” katanya kepada  pemberita selepas Majlis Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan yang disempurnakan oleh Sultan Nazrin Shah di Taman Reakreasi Gunung Lang di sini, hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN