KUANTAN – Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Pahang yang baharu berkuat kuasa esok. Lantikan tersebut menyaksikan Mohd. Zakaria, 58, menggantikan Datuk Seri Rosli Ab. Rahman yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman. Majlis serah tugas antara Rosli dan Mohd. Zakaria yang diadakan…










