Pafa mohon maaf berhubung gambar tular - Utusan Malaysia

Pafa mohon maaf berhubung gambar tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Munaim memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan tular foto beliau bergambar dengan trofi Piala Malaysia di tepi kolam renang, minggu lepas.

Beliau yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri berkata, beliau tiada niat untuk menjatuhkan martabat serta keunggulan piala kebangaan peminat bola sepak negara itu apabila bergambar di tepi kolam renang.

“Itu kelemahan saya sendiri, pertama kali Perak menang Piala Malaysia (selepas 18 tahun) dan saya teruja lalu terkongsi gambar dalam status Whatsapp.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kekhilafan itu,” katanya kepada pemberita pada majlis perarakan trofi Piala Malaysia di sekitar bandar Parit Buntar dan Bandar Baru di sini, hari ini.

Program itu diadakan sempena pelancaran Karnival Sinar Harapan yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Pinggiran Sungai Kerian di sini.

Beliau turut mengulangi kenyataan agar semua pihak tidak mempertikaikan kejayaan Perak memenangi Piala Malaysia seterusnya menerima hakikat tersebut.

“Pengadil sudah membuat keputusan dalam perlawanan itu dan ia muktamad, jadi terimalah hakikat Perak adalah juara,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN