P. Pinang kini 'Darul Bencana' - NGO alam sekitar - Utusan Malaysia

P. Pinang kini ‘Darul Bencana’ – NGO alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 21 Okt. – Seorang aktivits alam sekitar menganggap negeri ini kini layak digelar sebagai ‘Darul Bencana’ kerana dasar pembangunan menyebabkan beberapa tragedi yang meragut nyawa.

David Giam berkata, kerajaan negeri perlu mendengar suara penduduk yang bimbang kerana kawasan bukit di negeri ini ‘dikorbankan’ untuk projek pembangunan.

David berkata, dia terpanggil untuk menyertai demonstrasi aman membantah projek lereng bukit hari ini kerana anak rakannya, Yuan Kuok Wern turut terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Granito, Tanjung Bungah, genap setahun lalu.

“Dahulu, Pulau Pinang dikenali sebagai ‘Darul Sampah’, kemudian ‘Darul Banjir’ dan kini ‘Darul Bencana’.

“Kepada kerajaan negeri, dengar suara kami dan harus ingat 90 peratus rakyat yang menyokong anda pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu tidak mahu kerajaan bertindak sesuka hati,” katanya.

Terdahulu, David bersama kira-kira 20 aktivitis Penang Forum mengadakan himpunan aman di hadapan pintu masuk tapak projek tanah runtuh Bukit Kukus yang sehingga kini mengorbankan tujuh orang.

Mereka turut membawa sepanduk bertulis ‘Hentikan Pembangunan Lereng Bukit” dan senarai nama mangsa terkorban di Tanjung Bungah serta Bukit Kukus sebagai tanda memperingati mangsa.

Sementara itu, jurucakap Penang Forum, Khoo Salma Nasution mempersoalkan mengapa sehingga kini laporan Suruhanjaya Siasatan Tanah Runtuh Granito yang berlaku setahun lalu masih belum diperoleh.

” Kita mahu tahu sama ada hasil siasatan suruhanjaya itu menunjukkan kematian atau kecederaan berpunca daripada kelalaian,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN