Ops bas dan van kilang: 7 pemandu positif dadah - Utusan Malaysia

Ops bas dan van kilang: 7 pemandu positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 29 Okt. – Operasi bersepadu yang dikendalikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini pagi tadi mengesan tujuh pemandu bas dan van kilang yang positif dadah ketika bertugas.

Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor berkata, dalam operasi bermula pukul 6 pagi tadi, kesemua pemandu berkenaan sedang dalam perjalanan untuk menghantar pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas di sini.

Katanya, sebanyak 250 bas dan van telah diperiksa bagi memastikan pengendalinya mematuhi peraturan jalan raya.

“JPJ telah mengeluarkan 213 notis melibatkan pelbagai kesalahan manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri pula mengesan 14 kenderaan kesalahan perlepasan asap hitam berlebihan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi itu yang turut disertai Jabatan Imigresen negeri turut menahan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN