GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini masuk hari kelima dengan fokus pencarian di sektor tiga iaitu kawasan penemuan sebuah kontena yang hancur semalam. Kawasan itu juga merupakan 15 peratus daripada 9290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) yang timbunan tanahnya belum dapat dialihkan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata, operasi SAR yang…










