Op Noda: 68 warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Op Noda: 68 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Okt. – Seramai 69 warga asing termasuk seorang lelaki warga tempatan ditahan dalam satu serbuan dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sebuah restoran di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, serbuan Op Noda itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen negeri.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 57 tahun. Mereka yang ditahan termasuklah seorang lelaki penjaga kedai serta seorang lelaki dan 67 pe­rempuan warga Vietnam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Serbuan itu dijalankan pihak berkuasa berdasarkan aduan dibuat orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Suspek ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya berada di Malaysia melebihi masa ditetapkan dan memiliki dokumen perjalanan palsu.

Tambah Shahurinain, kesemua suspek diserahkan kepada pihak Imigresen Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c), Seksyen 56(1)(l) dan Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini