KUALA LUMPUR 22 Okt. – Op Gading IV akan disambung semula dalam jangka masa terdekat bagi menggempur pekebun degil yang meneroka tanah sewenang-wenangnya di daerah Cameron Highlands. Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, operasi tersebut akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di bawah Jawatan Kuasa Tindakan Bersama…










