KUALA LUMPUR 1 Okt. – Peluang skuad hoki lelaki negara melepasi aksi peringkat Kumpulan D Piala Dunia 2018 di India pada November ini pasti cerah apabila Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan bekas jurulatih Pakistan, Roelant Oltmans sebagai pengendali baharu Malaysia Tigers, hari ini. Dalam kempen Piala Dunia 2018, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jerman, Belanda dan Pakistan. Bagi melepasi aksi peringkat kumpulan, Malaysia harus menamatkan aksi dalam kelompok tiga terbaik. Sebelum ini Pakistan adalah pasukan yang menjadi ancaman buat skuad kebangsaan bagi menamatkan aksi peringkat Kumpulan D di India…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya