OKU sertai selaman skuba di Pulau Bidong - Utusan Malaysia

OKU sertai selaman skuba di Pulau Bidong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN. Seramai lapan orang kelainan upaya (OKU) cacat fizikal dan enam orang pekak serta bisu menyertai Program Selaman Skuba Dive Heart anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong, Merang, Terengganu 
baru-baru ini.

Jurufoto UMT, Muhammad Sharwan Abdul Ghani berkata, beliau sempat menyertai dan merakam keunikan program yang dikhaskan bagi golongan OKU itu.

“Saya diberi kesempatan merakam detik yang penuh bermakna sepanjang karier sebagai jurufoto kerana program menyelam ini julung- julung kali diadakan di laut terbuka untuk golongan OKU.

“Di kawasan pulau yang berpasir sememangnya menyukarkan golongan tersebut untuk bergerak seperti makan, mandi, naik dan turun bot serta persiapan memulakan selaman.

“Keadaan itu membuatkan saya rasa amat bersyukur dan kagum dengan semangat yang mereka miliki,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN