Oktoberfest: Jangan beri isyarat yang salah kepada remaja - Utusan Malaysia

Oktoberfest: Jangan beri isyarat yang salah kepada remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Penganjuran pesta arak, Oktoberfest 2018 yang dirancang secara terbuka bukan sahaja boleh mengundang pelbagai masalah sosial seperti seks bebas bahkan seolah-olah memberi isyarat kepada remaja kononnya pengambilan arak adalah sesuatu yang `menyeronokkan’.

DR. NORULHUDA SARNON
DR. NORULHUDA SARNON 

Sehubungan itu, Pensyarah kanan Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Norulhuda Sarnon yang menyifatkan Oktoberfest 2018 ini sebagai satu sambutan sosial untuk meraih dan mengagungkan arak sebagai satu tema utama perlu diharamkan.



Beliau berkata, meskipun Oktoberfest ini diharamkan kepada remaja tetapi dibenarkan kepada golongan dewasa, ini akan menimbulkan konflik dalam diri mereka untuk mencuba dan menerokai sesuatu yang mencabar.



“Akhirnya ini memberi kesan ke atas pemikiran seseorang individu kononnya pengambilan alkohol ini sesuatu tidak salah. Ini kerana remaja menggunakan pembelajaran sosial sebagai proses untuk mengembangkan diri. Remaja lazimnya secara semula jadinya sangat mempunyai sifat ingin tahu dan cuba menerokai apa sahaja dilihat.



“Apabila pesta arak dianjurkan secara terbuka, mereka melihatnya sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh norma masyarakat tempatan dan menyambut kegembiraan dengan arak sebagai sesuatu yang betul,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. 



Beliau mengulas kenyataan Menteri Wilayah, Khalid Samad yang menegaskan pendiriannya untuk membenarkan pesta arak Oktoberfest 2018 dianjurkan sekiranya pihak penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan.



Selain Khalid, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menegaskan penganjuran Oktoberfest 2018 bukanlah pesta arak seperti yang didakwa sebaliknya program itu merupakan acara tahunan yang diadakan di negara ini.

Norulhuda berkata, biasanya, remaja percaya apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan menganggap mereka sebagai role model. 



Katanya, ini akan menyebabkan remaja yang masih belum matang ini hilang kawalan dan bermula dengan tingkah laku meminum arak, kemudian berakhir dengan tingkah laku berisiko seperti perlakuan seks dan pergaduhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN