NS sita kilang kitar semula - Utusan Malaysia

NS sita kilang kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menyita tujuh dari­pada 18 buah kilang kitar semula plastik di negeri ini kerana melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dalam beberapa operasi yang dijalankan di Se­nawang dan Nilai pada minggu lalu.

Pengarah JAS Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari semalam berkata, lima daripada kilang kitar semula plastik yang diserbu dan disita tersebut didapati memiliki permit import (AP) plastik dari luar negara.

“Secara keseluruhannya terdapat 18 kilang kitar semula plastik yang beroperasi di Ne­geri Sembilan dan kita telah menyita tujuh daripada kilang tersebut yang beroperasi di Sena­wang dan Nilai.

“Penyitaan ke atas kilang tersebut dibuat selepas kilang itu didapati melanggar pematuhan alam sekitar ketika mengoperasikan kilang,” kata beliau pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara peringkat Negeri Sembilan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN