Notis amaran di stesen petrol bukan hiasan - Utusan Malaysia

Notis amaran di stesen petrol bukan hiasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENTING HIGHLANDS 30 Okt. – Notis amaran mengenai larangan perbuatan yang berbahaya di stesen-stesen minyak bukanlah hiasan, sebaliknya perlu diberi perhatian serius supaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, notis seperti larangan merokok, menggunakan telefon bimbit dan mematikan enjin kereta perlu diberi penekanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini kerana, katanya, perbuatan seperti menjawab panggilan telefon dan tidak mematikan enjin kereta masih dilakukan oleh sesetengah pemandu kenderaan semasa mengisi minyak.

“Kita mendapati pemandu kenderaan masih tidak mengendahkan larangan-larangan di stesen minyak yang boleh menyebabkan kemalangan serius jika larangan itu diabaikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Petroleum anjuran Resorts World Genting di stesen minyak Petron di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi, Resorts World Genting, Katherine Chew, Naib Presiden Jabatan Keselamatan Resorts World Genting, Khor Hai Peng; Pengurus Perhubungan Kerajaan, Petron, Sa’adon Sharif dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusry Abdullah Sani. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN