NGO diminta henti spekulasi kejadian tanah runtuh - Utusan Malaysia

NGO diminta henti spekulasi kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR – Kerajaan Pulau Pinang hari meminta badan-badan bukan kerajaan dan orang ramai supaya menghentikan segala spekulasi mengenai kejadian tanah runtuh yang meragut enam nyawa pekerja asing di Paya Terubong.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata, fokus dan usaha kerajaan negeri sekarang adalah untuk mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang masih tertimbus selepas kejadian tanah runtuh itu.

Beliau berkata, siasatan untuk mengenalpasti punca juga sedang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan pihak-pihak yang berkaitan bagi menentukan siapa yang perlu bertanggungjawab dalam kejadian itu.

“Fokus kerajaan Pulau Pinang kini adalah membantu pihak-pihak berkuasa dalam usaha mencari dan menyelamat. Pada masa sama, siasatan turut dilakukan bagi menentukan siapa yang perlu bertanggungjawab dalam kejadian ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan Permatang Berangan dan Sungai Dua di sini hari ini.

Kejadian tanah runtuh yang dilapor berlaku di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus pada Jumaat lepas itu sehingga kini telah menyebabkan enam pekerja asing maut, tiga cedera manakala empat lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN