New Zealand arah pelancong serah kata laluan telefon - Utusan Malaysia

New Zealand arah pelancong serah kata laluan telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 5 Okt. – Undang-undang New Zealand yang menyaksikan seseorang individu boleh didenda sehingga NZ$3,200 (RM8,572) jika enggan mendedahkan kata laluan pada telefon mereka untuk diperiksa pihak berkusa disifatkan ‘pencerobohan privasi secara besar-besaran’.

Perkara itu dinyatakan oleh Majlis Kebebasan Awam New Zealand (CCL) yang melahirkan ‘kekecewaan’ terhadap undang-undang baharu tersebut.

Al-Jazeera melaporkan, dibawah Akta Kastam dan Eksais 2018 bermula 1 Oktober lalu, anggota keselamatan diberi kuasa untuk mengakses maklumat peribadi termasuk kod dan kata laluan bagi mengakses gajet elektronik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, pihak berkuasa juga boleh menyalin, meneliti dan menilai sebarang data yang diperoleh daripada gajet yang diperiksa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini