TINDAKAN selebriti laman sosial dari Indonesia bernama Ria Ricis memberikan reaksi buruk terhadap satu jenama mi segera Malaysia berperisa tomyam telah mengundang kemarahan netizen di negara ini. Dalam satu rakaman video reaksi berdurasi selama tujuh minit, Ria yang juga merupakan adik kepada pendakwah dan pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi telah mencuba tiga jenis mi segera daripada jenama dan perisa berbeza termasuk satu jenama dari Indonesia yang dijual di pasaran…










