BAITULMUQADDIS 14 Okt. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini memberi amaran untuk menjalankan tindakan keras terhadap pergerakan Hamas susulan insiden terbaharu di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza. “Hamas nampaknya tidak memahami mesej tersebut — sekiranya serangan itu tidak dihentikan, mereka akan dihalang dengan cara lain, dalam bentuk yang sangat keras. “Kami semakin dekat dengan bentuk tindakan lain. Sekiranya Hamas adalah bijak, mereka akan melakukan gencatan senjata dan ‘keganasan’ sekarang,” kata Netanyahu ketika mesyuarat Kabinet mingguan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya