BAITULMUQADDIS 30 Okt. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengalu-alukan ‘kehadiran pengantara’ daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mesir bagi menyekat krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Mesir dan PBB telah lama berusaha untuk mencari penyelesaian gencatan senjata antara Israel dan pergerakan Hamas. “Kami berusaha menghalang krisis kemanusiaan dan disebabkan itu, kami sudi menerima usaha keamanan yang dilakukan oleh Mesir dan PBB,” katanya. – AFP










