KUALA LUMPUR 24 Okt. – Kes saman pengacara popular, Neelofa terhadap terhadap portal, Omm Media atas dakwaan memfitnahnya bakal diselesaikan di Mahkamah Tinggi di sini. Perkara itu disahkan oleh peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Neelofa selepas mengadiri proses mediasi di hadapan perantara, Nurulizwan Ahmad Zubir, hari ini. Sementara itu, peguam Aiman Ariff Abdul Azij yang mewakili Omm Media memberitahu pemberita, pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman itu akan…










