Neelofa ikat kontrak dengan agensi fesyen Eropah - Utusan Malaysia

Neelofa ikat kontrak dengan agensi fesyen Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Pelakon dan pengacara popular Neelofa menjelaskan bahawa fesyen yang digayakan olehnya kini bukan untuk suka-suka.

Neelofa ketika pelancaran beg mini jenama Neelofa yang dikeluarkan oleh Sometimes dan boleh didapatai di ZALORA. Gambar NOOR AZLINA JAAFAR – UTUSAN ONLINE

Sebaliknya tegas Neelofa, setiap perkara yang dilakukan itu kerana mahu menembusi industri fesyen Eropah.

Menurut Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 29, dia akan ke London dan Paris pada pertengahan bulan hadapan untuk menandatangan kontrak dengan agensi fesyen di sana.

“Saya tahu warganet sentiasa perhatikan fesyen saya dan jadikannya sebagai bahan jenaka. Tetapi saya tidak ambil serius kerana mereka tidak tahu apa yang sedang saya lakukan secara serius.

“Saya menjadi lebih berani dan suka bereksperimen tentang fesyen kerana saya ingin menembusi industri fesyen Eropah. Jika saya kekal dengan imej sebelum ini, saya tidak mampu menarik perhatian orang dalam industri fesyen di sana.

“Hasilnya, saya berjaya mengikat kontrak dengan dua buah agensi di London dan Paris. Mereka akan menguruskan semua perkara berkaitan fesyen dan kecantikan saya untuk pasaran fesyen Eropah,” jelasnya.

Menafikan bahawa dia berhasrat untuk menetap luar negara, kata Neelofa, kerja seni dan perniagaan di sini masih menjadi keutamaannya walaupun berjaya mencapai cita-citanya di Eropah.

“Selepas ini saya perlu bekerja semaksima mungkin. Saya masih tinggal di Malaysia kerana menguruskan perniagaan dan bekerja untuk industri seni di sini.

“Sekiranya penerimaan di sana positif, saya akan berulang-alik untuk menyelesaikan kerja di sana juga,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Lofarbag Mini di Butik Nealofar di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN