Nasri Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ yang baharu - Utusan Malaysia

Nasri Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 31 Okt. – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Nasri Md. Ali, 48 dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) yang baru menggantikan Abdul Rashid A. Rahman yang bertukar ke Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebagai pengurus besar berkuat kuasa 1 November ini.

Perlantikan Nasri, anak jati Muar lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Pengajian Populasi) Universiti Malaya menjadikan beliau Ketua Pegawai Eksekutif ke sembilan KPYPJ.

Sebelum dilantik menerajui MPK dan KPYPJ, Nasri pernah menjawat jawatan Pegawai Tadbir Tanah Pejabat Tanah Mersing, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar (Pembangunan Fizikal) Pejabat Daerah Muar, Ketua Penolong Pengarah (Hakmilik Strata) Pejabat Tanah dan Galian Johor, Penolong Pengarah (Bahagian Kemajuan) Pejabat Tanah dan Galian Johor dan Penolong Pentadbir Tanah (Bahagian Pendaftaran dan Kuatkuasa) Pejabat Tanah Muar .

Mengenai tugasnya di KPYPJ, Nasri akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan taklimat mengenai operasi institusi pendidikan itu sebelum membuat sebarang perancangan.

Beliau bagaimanapun akan memberi penekanan terhadap amalan kerja berpasukan di KPYPJ yang pernah menjadi budaya semasa menerajui MPK kerana baginya amalan itu mampu membuahkan hasil cemerlang dan berkualiti dalam mana-mana usaha dan projek yang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN